RPH


Selamat datang ke RPH KPD3026
Kuala Penyu……

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4


Mata Pelajaran         : Bahasa Melayu
Kelas                       :  Tahun Empat
Bilangan Murid          :  8 orang
Hari                          : Rabu
Masa                        :  8.10 – 9.10
Tema                        :  Tatabahasa
Tajuk                         :  Kata kerja
Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama             :  5.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan       :  1.2 Aras 1 (iii)
Objektif                      :  Pada akhir pelajaran murid dapat:-
   1.    Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi
                                         ayat tunggl dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi
                                         yang betul.
   2.    Memberikan respons yang sesuai terhadap soalan yang

     dikemukakan.

Pengetahuan Sedia Ada :  Murid pernah mendengar dan belajar tentang kata kerja
                                   
                                       semasa berada di tahun tiga.

Sistem Bahasa              :  Tatabahasa – kata kerja
                                       Kosa kata – menyidai, memandu, melipat, melukis, berbisik,
                                                          melipat
Pengisian
Kurikulum                 : Ilmu – Sains
Nilai murni                : patuh
                                 bekerjasama
                                 berdisiplin
                                 berani
                                 berusaha
Kemahiran Bernilai Tambah:

Kemahiran Berfikir : -  Menjana idea
Kecerdasan Pelbagai:
         - Interpersonal
         - intrapersonal
                             - verbal- linguistik
Bahan Bantu Mengajar    : LCD, laptop, kotak perkataan, kad perkataan, lembaran
                                       kerja dan lembaran kerja (kerja rumah).


Langkah/
Masa

Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran

Sumber/
Bahan

Catatan

Set Induksi
(5 minit)


1.    Guru melakonkan satu perbuatan.
2.    Murid meneka perbuatan guru.
3.    Guru menyebut beberapa perbuatan dan meminta murid menggayakan perbuatan tersebut.
4.    Murid menyebut semula perbuatan yang guru telah lakonkan
5.    Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran pada hari ini.

(Simulasi guru)

Nilai:
Patuh
Kemahiran Berfikir:
Menjana idea
Kecerdasan Pelbagai:
Interpersonal
Intrapersonal
Verbal-linguistik


Langkah 1
(20 minit)

1.    Guru menayangkan slaid powerpoint dan menerangkan tentang kata kerja.
2.    Guru bersoaljawab dengan murid tentang kata kerja.
3.    Murid menyatakan semula jenis-jenis kata kerja.

LCD
Laptop
Slaid Powerpoint-Kata kerja



Nilai:
Berdisiplin
Kemahiran Berfikir:
Menjana idea
Kecerdasan Pelbagai:
Verbal-linguistik      
                                                 berdisiplin

Langkah 2
(15 minit)

1.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang permainan ‘Teka Gaya’.
2.    Guru memberi penerangan tentang cara permainan Teka Gaya kepada murid-murid.
3.    Murid dibahagikan kepada empat kumpulan secara berpasangan.
4.    Seorang wakil bagi setiap pasangan akan memilih tujuh kad perkataan untuk digayakan dan rakan akan cuba meneka seberapa banyak perbuatan dalam masa seminit.
5.    Guru mencatat markah bagi setiap jawapan yang diperoleh oleh murid.
6.    Guru memberikan hadiah bagi setiap kumpulan.



Kotak perkataan

Kad-kad perkataan kata kerja –
contoh: melukis, menyanyi,menari


Hadiah kumpulan

Nilai:
Berani
Berusaha
Bekerjasama

Kemahiran Berfikir:
Menjana idea

Kecerdasan Pelbagai:
Verbal-linguistik


Langkah 3
(15 minit)

1.    Guru memberikan penerangan tentang aktiviti seterusnya.
2.    Guru mengedarkan lembaran kerja.
3.    Murid-murid menggaris kata kerja yang tedapat dalam setiap baris ayat.
4.    Guru membimbing murid semasa aktiviti dijalankan.
5.    Murid berbincang bersama guru tentang jawapan yang betul.


Lembaran kerja







Nilai:
Berdisiplin
Patuh

Kecerdasan Pelbagai:
Verbal-linguistik


Penutup
(5 minit)

1.    Murid menyatakan semula jenis-jenis kata kerja.
2.    Guru menunjukcara menyanyikan lagu ‘Mari Kawan’ mengikut melodi Rajin adik rajin.
3.    Murid menyanyi lagu ‘Mari Kawan’ dengan bimbingan guru.
4.    Murid menyatakan jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam senikata lagu ‘Mari Kawan’.
5.    Guru membuat rumusan nilai murni da isi pelajaran pada hari ini.
6.    Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai kerja rumah murid.


Salid Powerpoint- Senikata lagu ‘Mari Kawan’
Lembaran kerja rumah

Nilai:
Berdisiplin
Bekerjasama

Kemahiran Berfikir:
Menjana idea
Kecerdasan Pelbagai:
Interpersonal
Intrapersonal
Verbal-linguistik